Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Masjid dan Surau Parlimen Kulai Terima Sumbangan

By 25 Mac 2024Mac 27th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammmad Lukmannul hakim/NurulAin (Kulai)

KULAI, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Sumbangan berjumlah RM87 ribu telah disalurkan ke masjid dan surau di kawasan Parlimen Kulai anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kulai.

Sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 29 buah masjid dan 58 buah surau dalam satu majlis yang telah diadakan di Pasaraya AEON semalam.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata ini merupakan kali ke-4 penganjurannya diadakan dan ia bertujuan agar masjid dan surau dapat menjalankan aktiviti seperti yang dirancang.

“Pada kali ini saya telah menambahkan pemberian sumbangan untuk surau sebanyak RM1,000 yang mana sebelum ini pihak surau menerima sumbangan RM500 sahaja.

“Ini menjadikan peruntukan keseluruhan program ini sepanjang empat tahun dilaksanakan berjumlah RM 256,500,” katanya.

Beliau berharap melalui sumbangan ini semua masjid dan surau di bawah Parlimen Kulai dapat menggunakan peruntukan ini sebaik mungkin bagi merancakkan lagi aktiviti dan program di bulan Ramadan yang penuh mulia.

-AA-

Tinggalkan komen anda