Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

Masyarakat Harus Sedar Betapa Pentingnya Menjaga Kebersihan Kubur

By 11 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Program Ziarah Pusara dan Gotong-Royong Tapak Perkuburan Berata Peringkat Daerah Segamat anjuran Pejabat Kadi Daerah Segamat penting bagi menjaga kebersihan di tapak tanah perkuburan Islam dan memastikan tanah wakaf hak milik Majlis Agama Islam Negeri Johor(MAIJ) sentiasa dijaga dan dipantau.

Kadi Daerah Segamat Mohamad Hamizan Sayuti, berkata salah satu pengisian program adalah menjalankan aktiviti menziarah dan membersihkan persekitaran kubur sempena sambutan bulan Ramadan yang akan tiba.

“Dapat dilihat kesan program gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna, baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan,” katanya.

Salah seorang peserta program, Suhaizan Saadon, 40, mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan yang datang membantu kariah di kampung dalam kerja-kerja pembersihan tanah perkuburan Kampung Berata.

“Program seperti ini dapat menyemarakkan bulan Ramadan yang bakal tiba dan kita juga dapat menziarah kubur saudara-mara kita di sini,” ujarnya.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Mohd Helmi Datuk Sha’ri dan Imam Daerah Segamat Afifi Mohamed Derafar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda