Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

Program Cashless Society akan dilaksanakan di 61 Lokasi Tiga Buah Negeri

By 11 Mac 2024Mac 18th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurulaini/ Muhammad Lukmannul Hakim

KULAI, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Program Cashless Society transaksi tanpa tunaiakan akan dilaksanakan di 61 lokasi (touchpoints) yang terpilih di tiga buah negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Pahang sepanjang tahun 2024.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata di Johor program Cashless Society ini akan dilaksanakan melalui program Cashless@NaDi di 17 lokasi penempatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terpilih termasuklah di NaDi FELDA Taib Andak ini.

“Tumpuan utama inisiatif ini adalah untuk keperluan bagi peniaga di peringkat mikro dan kecil dapat menerima serta mengguna pakai bayaran tanpa tunai dalam urusan perniagaan mereka serta penerimagunaan teknologi seperti e-dompet, DuitNow, quick response (QR) seterusnya mengukuhkan kedudukan ekonomi komuniti setempat,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Cashless@NaDi di Pusat Sebaran Maklumat Nasioanal (NADI) Felda Taib Andak, Kulai, hari ini.

Latifah Abd Rahman, 60 antara pengunjung yang temui berkata, program seperti ini wajar diadakan supaya menjadi titik tolak kepada peniaga untuk berkembang dengan lebih maju seiring dengan perkembangan teknologi digital terkini.

Turut hadir Pengarah Komunikasi Strategik Felda Syirfan Indra Mitra Surya Hussin dan Pengarah MCMC Negeri Johor Mohamad Rizal Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda