Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

PERKIM Rai Asnaf dan Anak Yatim di Majlis Berbuka Puasa

By 25 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Taufiq Firdaus Md.Nor/Zulkarnain Zain

BESUT, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kota Putera meraikan saudara baru, asnaf dan anak-anak yatim sempena majlis berbuka puasa di Rumah PERKIM Cawangan Kota Putera, di sini semalam.

Sebanyak 20 bakul makanan inisiatif PERKIM dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Terbak dan Komuniti Madani Kota Putera turut disumbangkan.

Menurut Pengerusi PERKIM Cawangan Kota Putera Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusoff, bakul makanan diberikan kepada golongan asnaf.

“Sumbangan ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan bagi meringankan beban mereka dalam bulan Ramadan ini.

“Dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim agar lebih kukuh dan harmoni,” ujarnya.

Menurut salah seorang penerima sumbangan Faiza, 27, beliau amat bersyukur dan berterima kasih atas pemberian bakul makanan dan dapat menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama sempena majlis ini.

Turut hadir Pengerusi Koperasi PERKIM Terengganu Berhad (KOPTER) Datuk Jafri Abdul Razak dan Pengarah YADIM Malaysia Terengganu Nasrul Hadi Saiadin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda