Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tradisi Bubur Lambuk Penyambung Warisan

By 25 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin/Rizal Rahman (Kulim)

KULIM, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Tradisi memasak dan mengedar bubur lambuk yang menjadi tumpuan masyarakat Karangan masih diteruskan di Surau Nurul Ihsan oleh Pertubuhan Penyambung Warisan Karangan.

Seperti tidak lengkap Ramadan apabila warga Karangan tidak menikmati bubur lambuk yang menjadi tradisi juadah berbuka buat warga Karangan.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peyambung Warisan Che Amat Saad, 56, aktiviti memasak Bubur Lambuk ini merupakan program tahunan di Karangan dan masyarakat di sini tertunggu-tunggu bubur lambuk yang dimasak di surau tersebut.

“Program ini telah dimulakan sejak sekian lama dan mereka adalah penyambung warisan dari orang orang terdahulu dalam mengekalkan tradisi ini. Program ini diadakan sebanyak empat kali sepanjang Ramadan iaitu pada setiap hari ahad.

“Sebanyak enam periuk digunakan pada kali ini di mana setiap kawah menghasilkan 200 bungkus bubur lambuk dan jumlah keseluruhan sebanyak 1,200 bungkus diedarkan kepada penduduk setempat,” ujarnya semalam.

Selain kali ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) Negeri Kedah, Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Kulim dan Pejabat Penerangan Daerah Kulim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda