Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Rezeki Peladang – ‘Timun Cina’ Laris Sepanjang Ramadan

By 19 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatihayatul Sadi/Shuhaimi Ahmad

MARANG, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Tradisi penduduk Terengganu yang menjadikan tembikai atau lebih dikenali sebagai ‘timun cina’ untuk dimakan bersama nasi apabila berbuka puasa membawa rezeki berganda kepada peniaga dan peladang tempatan.

Seorang usahawan tani dari Kampung Pengkalan Berangan Mohamad Fakhrul Azwan Sabri, 40, berkata dia mampu menuai hasil antara 20 hingga 30 tan tembikai setiap hari di ladang berkeluasan 50 ekar yang diusahakannya.

“Saya tanam empat jenis tembikai iaitu tembikai boci, tembikai kuning, tembikai madu dan tembikai susu.

“Tembikai yang siap dituai kita akan pasarkan di pasaran tempatan dan dihantar juga ke Johor, Selangor dan Pahang.

“Agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga banyak memberi bantuan kepada saya sepanjang penanaman tembikai ini dari segi bantuan baja dan jentera pertanian”, katanya yang merupakan generasi ketiga mengusahakan tanaman itu selepas datuk dan bapanya ketika ditemui di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pulau Kerengga, di sini semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda