Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Soya dan Cincau Kayu Api jadi Kegemaran di Bulan Ramadan

By 19 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Mohd Hairul Bakar (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Minuman soya dan cincau yang dimasak dengan menggunakan kayu api akan menghasilkan aroma lebih wangi, rasa yang enak serta tahan lebih lama.

Minuman untuk semua golongan dan peringkat umur ini  sering mendapat permintaan yang tinggi dan menjadi kegemaran terutama ketika bulan Ramadan.

Haji Osman Yaakob, 70, dari Kampung Pengkalan Lebai Man, di sini, berkata minuman soya dan cincau yang dimasak menggunakan kayu api akan menghasilkan aroma lebih wangi, rasa yang enak dan tahan lama.

“Semasa bulan Ramadan, permintaan akan meningkat tiga kali ganda.

“Saya akan menyediakan 270 tong air kacang soya yang dijual pada harga RM25 setong manakala cincau 1,000 bekas sehari pada harga RM3 sebekas,” katanya yang telah mengusahakan perusahaan minuman air soya dan cincau secara tradisonal di rumahnya sejak 31 tahun yang lalu,” katanya semalam.

Menurutnya, sebanyak 16 lori kayu api diperlukan untuk memasak cincau selain relau digunakan untuk memproses air soya.

Salah seorang peniaga Syed Ahmad Syed Shaari, 70, berkata setiap hari beliau akan mendapatkan bekalan minuman soya Haji Osman untuk dijual di Bazar Ramadan Taman Ria.

“Rasanya yang pekat, sedap dan halal serta aromanya yang lain dari yang lain menyebabkan saya menjadi pelanggan tetap air soya Haji Osman,” ujarnya mengakhiri perbualan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda