Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Tugu Peringatan Birch Jadi Tumpuan Pelancong

By 8 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rebecca Edward/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Tugu Peringatan Birch atau Birch Memorial yang terletak bersebelahan Masjid Negeri Perak dan Medan Selera Dataran Dato’ Sagor menjadi salah satu mercu tanda di Jejak Warisan (Heritage Trail) Ipoh.

Berdasarkan sejarah, tugu ini dipercayai dibina pada tahun 1909 bagi memperingati ulang tahun kematian Residen British Perak, J.W.W Birch yang dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.

Di atas pentas kecil tugu dengan menara jam ini telah dibina patung Terakota yang melambangkan empat unsur nilai pentadbiran British iaitu ketaatan, keadilan, kesabaran dan ketabahan selain 44 tokoh utama sejarah dunia dilukis di atas binaan tersebut.

Ekoran lokasinya yang strategik dan mudah diakses pengunjung, kedatangan pelancong yang melawat tugu tersebut turut membantu merancakkan lagi perniagaan berdekatan khususnya peniaga di medan selera.

Peniaga Goh Chow Yoong, 68, berkata kedatangan ramai pelancong dari dalam dan luar negara membantu memajukan lagi perniagaannya dan rakan peniaga.

“Kawasan ini tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong terutama pada hujung minggu.

“Disebabkan kawasan ini menjadi tumpuan ramai, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa menjaga kebersihan sekitar selain menyelenggara secara berkala menara jam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik demi keselesaan pengunjung,” ujarnya ketika ditemui kelmarin.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda