Laporan/foto: Herman Hamid/Pengkalan Tentera Darat Kem Sungai Besi
KUALA LUMPUR, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan agar umat Islam mengamalkan sikap sederhana dan mengelakkan pembaziran dalam membuat persiapan Aidilfitri agar mendapat keberkatan.
“Sumbangan Aidilfitri ini sedikit sebanyak dapat membantu penerima dalam menyambut lebaran nanti,” katanya di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri, di sini semalam.
Seramai 1,100 penerima di Parlimen Bandar Tun Razak telah menerima sumbangan tersebut yang terdiri daripada ibu tunggal, asnaf, anak yatim, pelajar sekolah tahfiz dan juga penerima daripada keluarga Angkatan Tentera Darat, di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Sungai Besi.
Sumbangan merupakan kerjasama di antara Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Yayasan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Haji Huzaimi Sabri dan Pengerusi Yayasan MRCB Jasmine Abdullah Heng.
-ZS-