Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Inisiatif Libatkan Belia dalam Program Kemasyarakatan Digalakkan – Fahmi

By 1 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan/Nornisah Khairoji (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyarankan belia setempat untuk melibatkan diri dalam program komuniti setempat bagi memastikan kesinambungan ukhwah kekal terjalin.

“Inisiatif untuk melibatkan golongan belia dalam semua program perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” kata Fahmi ketika mengunjung setiap pameran daripada pelbagai agensi di Pantai Eco Park sempena Program Temu DBKL@Lembah Pantai, di sini kelmarin.

“Dengan terlaksananya Program Nur Ramadan 2024 Peringkat Lembah Pantai bermakna lengkaplah sudah pelaksanaan program Nur Ramadan di dua kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini dengan matlamat utamanya untuk mendekati golongan yang memerlukan,” ujar Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zulkifli Muhammad.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti Jualan AgroMADANI, Jualan Rahmah, edaran bubur lambuk dan bubur kacang, pertandingan mewarna, pertandingan karaoke, pertandingan azan, pameran daripada setiap sektor di DBKL serta agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKLP) dan Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan.

Seramai 250 orang asnaf turut diraikan dan menerima sumbangan Aidilfitri pada program tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda