Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

200 Buah Topi Keledar Diagih Sempena Program Keselamatan Jalan Raya

By 4 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Moses Andy Julino Stephen (Sarawak)

KUCHING, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Sejumlah 200 unit topi keledar telah diagihkan kepada penunggang motosikal semasa Program Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan 2024 Peringkat Sarawak bertempat di stesen Multifuel PETROS Darul Hana, di sini semalam.

Tujuan program tersebut adalah untuk memberikan kesedaran keselamatan di jalan raya kepada pengguna khususnya penunggang motosikal di samping membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat daripada kecuaian pemanduan terutamanya pada musim perayaan yang bakal tiba.

Rata-rata orang awam yang ditemui semasa program tersebut menyatakan program tersebut sangat baik kerana membantu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya cuai semasa memandu kenderaan atau menunggang motosikal terutamanya menjelang musim perayaan.

“Program kempen keselamatan hari ini disambut baik dalam kalangan penduduk tempatan khususnya pengguna jalan raya,” kata Mohamad Huzaiman Jeman, 49, yang merupakan seorang kakitangan kerajaan.

Program penyerahan topi keledar tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda