Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

257 Pengusaha Beca Melaka Terima Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

By 8 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

MELAKA, 8 April (MalaysiaAktif) – Ketua Menteri Melaka, Abd Rauf Yusoh menyantuni 257 pengusaha beca negeri Melaka dalam Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri anjuran Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) yang bertempat di Auditorium Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Menurut Abd Rauf Yusoh, kerajaan negeri menyambut baik usaha para pengusaha beca yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam mempromosikan perkhidmatan beca khususnya sepanjang sambutan Tahun Melawat Melaka 2024.

“Namun, suka saya berpesan untuk sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa dengan menjadikan aspek keselamatan pelancong sebagai agenda utama.

“Setiap tahun kerajaan negeri tidak pernah mengetepikan kebajikan pengusaha-pengusaha beca, sumbangan yang diberikan ini sebagai tanda ingatan dan kebersamaan kerajaan negeri Melaka dalam mengharungi cabaran Ramadan serta persediaan untuk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Turut hadir sama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Abdul Razak Abdul Rahman, Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Shadan Othman dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Saari Basiron.

-AA-

Tinggalkan komen anda