Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Insiden Helikopter TLDM Terhempas

By 23 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

LUMUT, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan mengesahkan dua buah helikopter miliknya bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, di sini pada pukul 9.32 pagi tadi.

Video tular kejadian dua helikopter milik TLDM bertembung di udara sebelum terhempas.

Dua pesawat tersebut iaitu Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan helikopter FENNEC TLDM sedang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sebelum kejadian berlaku.

“Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM. Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

“TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Keadaan salah sebuah helikopter yang terhempas.

TLDM dalam kenyataan tersebut turut memohon orang ramai agar tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda