Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Elemen 5K1P Meriahkan Karnival Keusahawanan Politeknik METrO Johor Bahru

By 22 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Elemen 5K1P sempena Karnival Keusahawanan anjuran Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) sangat memberi makna yang amat istimewa buat 450 pelajar dan warga pendidik politeknik di sini.

Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, berkata elemen yang dirangka ini bertujuan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada semua pelajar terutama pelajar dalam bidang keusahawanan untuk mempelajari berkenaan pengendalian sesuatu perniagaan yang diceburi dengan lebih sistematik dan berjaya.

“Maksud 5K1P adalah Keusahawanan, Kerjaya, Kebajikan, Kaunseling, Karnival dan Perayaan. Elemen ini diterapkan dalam karnival sempena sambutan Aidilfitri dan elemen ini kita gabungkan secara serentak dan telah menampakkan impak yang berjaya pada karnival yang diadakan ini.

“Kita juga turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Johor untuk membuat sesi temuduga terbuka bersama pencari kerja dengan penglibatan seramai 10 majikan yang membuka tawaran kerja kepada yang berjaya dalam temuduga berkenaan,” katanya ketika merasmikan Karnival Keusahawanan 5K1P di perkarangan Politeknik METrO Johor Bahru, semalam.

Antara pengisian karnival adalah jualan gerai, pertandingan mewarna kanak-kanak, e-sukan, sukan rakyat, mini zoo, tayangan filem dan temuduga terbuka kepada pencari kerja.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda