Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Nurul Sa’adah Memberi Harapan Baru kepada Penagih Dadah

By 17 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad/Pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak Nurul Sa’adah (Pendang)

PENDANG, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Memberi penjagaan, perlindungan dan rawatan pemulihan merupakan keinginan dan hasrat utama pengasas Pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak Nurul Sa’adah kepada seramai 153 orang penagih dadah yang kini menjalani pemulihan di sini.

Menurut pengasasnya Zulkifli Haji Yob, 61, pusat pemulihan ini dibina di atas tapak berkeluasan dua relong miliknya yang mampu menempatkan seramai 200 orang pelatih pada satu-satu masa.

“Sebagai sebuah institusi pemulihan untuk penagih dadah, pusat ini menyediakan peluang dan pilihan kepada mereka untuk mengikuti program pemulihan dalam suasana santai dan riadah.

“Pelbagai kemudahan disediakan di pusat ini antaranya 2 Blok Kediaman, Surau, Dewan Terbuka, Gimnasium, Perpustakaan dan Padang untuk aktiviti sukan dan sebagainya,” jelasnya kelmarin.

Pusat pemulihan yang terletak di Kampung Hujung Ketun, di sini menyediakan rawatan pemulihan dalam tempoh  6 hingga 24 bulan dengan pelbagai program termasuk kelas-kelas agama dan kelas pengajian al-Quran.

“Selain itu pelbagai aktiviti bersama penduduk setempat turut dianjurkan seperti Sukan Rakyat Nurul Sa’adah yang diadakan pada 29 Februari yang lalu di Padang Sekolah Kebangsaan Hujung Ketun.

“Pada bulan Ramadan yang lalu kami telah menganjurkan program penyediaan dan edaran bubur lambuk kepada penduduk di kawasan sekitar,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda