Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Semarak Syawal Agro Madani disambut meriah

By 8 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki

TAMPIN, 7 April (MalaysiaAktif) – Sempena Syawal yang bakal menjelma, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan kerjasama FAMA telah menganjurkan Program Semarak Syawal Agro Madani yang bertempat di tapak Pasar Tani Gemencheh.

Program ini diadakan bertujuan bagi mempermudahkan urusan masyarakat setempat yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam melakukan persiapan mereka.

Terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Antaranya seperti beras tempatan, telur, daging lembu segar, ayam segar, sayur-sayuran segar dan pelbagai lagi.

“Program seperti ini sedikit sebanyak membantu dalam melakukan persiapan raya yang bakal menjelang berikutan terdapat banyak barangan yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding pasaraya,” menurut Shaiful Azman, 38, salah seorang pengunjung.

Turut hadir, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin dan Suhaimizan Bizar, ADUN Gemencheh.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda