
Laporan/foto: Mohd Yusof Abd Samad
TANGKAK, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Program Perhimpunan Pagi Senamrobik dan 10,000 Langkah Peringkat Daerah Tangkak telah diadakan seawal pukul 7.30 pagi di Dewan Tok Pajar, di sini hari ini dihadiri pelbagai jabatan dan agensi di daerah ini.

Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah selaku tuan rumah program ketika menyampaikan ucapan.

Program Perhimpunan Pagi Senamrobik dan 10,000 Langkah Peringkat Daerah Tangkak dihadiri pelbagai jabatan dan agensi di daerah ini.
Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Tangkak Chiam Shiun Shu, berkata jabatan ini bukan saja melaksanakan pengurusan parit dan saliran semata-mata malah turut memberikan perkhidmatan pengurusan banjir demi kesejahteraan bersama.
“Program sebegini bukan sahaja dapat membina kecergasan serta kesihatan badan malah dapat mewujudkan persefahaman serta mengeratkan lagi hubungan di antara kita,” katanya.
Turut hadir Pegawai Daerah Tangkak Mohd Farid Kassim, Pentadbir Tanah Daerah Tangkak Nazid Naziman, Setiausaha Majlis Daerah Tangkak Abd Rahman Mohamed.
-ZS-