Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

18 Jenis Barangan Terkawal Sempena Hari Raya Puasa Diwartakan di Sarawak

By 5 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING 5 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 18 jenis barangan terkawal musim perayaan sempena Hari Raya Puasa yang akan tiba diwartakan di Sarawak.

Barangan kawalan tersebut termasuk bawang besar kuning, bawang merah import, daging lembu import, ikan kembung termasuk ikan mabung dan cili merah.

Jelajah mesra bagi meninjau pematuhan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 telah dilakukan oleh Pengarah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin bersama Ketua Penguat Kuasa Negeri (KPPN) Peter J. Berinus Agang di sebuah pasar raya, di sini pagi tadi bagi meninjau pematuhan SHMMP.

“Perlaksanaan harga maksimum tersebut dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah,” kata Zaharah, 60, salah seorang pengunjung pasar raya tersebut dari Telaga Air di sini.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 berkuat kuasa selama 15 hari dari 5 hingga 19 April 2024.

Dalam kenyataannya, KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan kepada KPDN menerusi saluran sedia ada seperti melalui Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN atau WhatsApp di 019-8488000 / 019-2794317.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda