Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

TPM Rai Aidilfitri Bersama Penduduk Bagan Datuk

By 20 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

BAGAN DATUK, 20 Apr (Malaysiaaktif) – Ribuan penduduk daerah ini diraikan dalam sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompeks UMNO Bagan Datuk, di sini semalam.

Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata majlis itu cukup istimewa kerana bukan sahaja dihadiri penduduk tempatan malah dari luar daerah.

“Kehadiran tetamu yang berbilang kaum dan agama menggambarkan keharmonian dan semangat bersatu padu penduduk Bagan Datuk.

“Demi memastikan kestabilan politik di negeri Perak khususnya di Bagan Datuk terus berkekalan, kita akan mempertahankan keharmonian dan perpaduan kaum di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komuniti Hutan Melintang Arul Pragasam Perumal, 55, yang hadir bersama rakan-rakan dapat merasakan suasana meriah dengan kehadiran ramai tetamu yang berbilang bangsa.

“Ini kali pertama saya menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan. Perasaan cukup teruja kerana dapat menyaksikan sendiri keharmonian sejagat dalam sebuah majlis yang sangat istimewa,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda