Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Derma Darah, Amalan Mulia Mampu Selamatkan Nyawa

By 7 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

TELUK INTAN, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Menderma darah merupakan suatu amalan mulia kerana darah tersebut mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Menurut Pegawai Perubatan Unit Transfusi Darah Hospital Teluk Intan Dr Zaharina Wati Zaharuddin, 41, amalan menderma darah adalah salah satu cara bersedekah pada bulan Ramadan.

“Menariknya lagi, kelebihan menderma darah ini menjadikan badan lebih sihat dan penderma darah itu sendiri akan memperoleh manfaat apabila menerima rawatan di hospital kerajaan,” katanya ketika ditemui dalam satu program derma darah di Masjid al-Taqwa, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Masjid al-Taqwa Sharuddin Darus, 55, berkata program anjuran bersama Hospital Teluk Intan ini julung kali diadakan.

“Program ini dianjurkan demi memberi peluang kepada orang Islam yang berpuasa agar dapat menderma darah selepas selesai berbuka dan saya berterima kasih kepada jemaah masjid atas sambutan yang diberikan.

“Saya berharap dengan sumbangan sebanyak 26 beg darah yang diperoleh hari ini akan menstabilkan simpanan darah di Hospital Teluk Intan untuk sepanjang musim perayaan dan saya bagi pihak masjid bersedia untuk membantu pada masa akan datang,” katanya.

Seorang jemaah masjid yang turut menderma darah, Mohamad Nazmi Tumin, 48, berkongsi bahawa itu kali kelima dia menderma darah.

“Saya berharap program sebegini akan dilaksanakan dengan lebih kerap sebagai salah satu aktiviti masjid dan juga khidmat masyarakat,” ulasnya.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda