Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

2,000 Hadir Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Chenderong Batu

By 4 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Lebih 2,000 orang yang terdiri daripada masyarakat setempat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Masjid Mukim Chenderong Batu di Perkarangan Masjid Chenderong Batu, di sini kelmarin.

Dr. Muhamad Razak, Muhd Nor Aswadi bersama pemimpin setempat.

Pengerusi Masjid Chenderong Batu Tuan Haji Alias Mohamed merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih Setiausaha Politik kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Muhamad Razak Idris yang menyumbangkan menu utama nasi daging singgang dan kuih-muih tempatan.

“Majlis yang diadakan ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan di antara jemaah masjid dan juga masyarakat setempat sekali gus memupuk perpaduan demi kesejahteraan sejagat.

Antara tetamu yang hadir.

“Sambutan hari raya ini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi antara satu sama lain sambil menjamu juadah yang telah disediakan,” katanya.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md.Nor serta pemimpin-pemimpin parti Kerajaan Perpaduan di daerah ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda