Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat Selesaikan Kemiskinan Tegar

By 6 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Taufiq Mohd Noor/Fatin Nabila Muktar

JITRA, 6 Mei (Malaysiaaktif) –Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kedah dijangka  dapat menyelesaikan masalah kemiskinan tegar di negeri itu.

Perdana Menteri dalam ucapan beliau di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Darulaman Park, di sini kelmarin, berkata kerjasama penuh yang diberikan oleh kerajaan negeri Kedah kepada kerajaan persekutuan dapat menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melibatkan 2,500 keluarga di dalam tempoh masa dua tahun.

“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar serta kerajaan negeri Kedah kerana sama-sama memberi kerjasama dalam menjayakan Majlis Sambutan Aidilfitri ini meskipun kita berbeza pandangan politik,” katanya.

Orang ramai kelihatan hadir  seawal pukul 6.00 petang untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, Nor Atiqah Ismail, 36, berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengadakan jamuan Aidilfitri untuk rakyat negeri Kedah.

“Sangat ramai pengunjung yang hadir, perkhidmatan bas dan van ‘shuttle’ juga sangat membantu kurangkan kesesakan jalan raya.

“Malah menu-menu yang disediakan sangat banyak dan sedap belaka serta mencukupi untuk semua,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda