Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Bakal Haji Wilayah Persekutuan 1445h 2024M Terima Bantuan Tunai RM 500 daripada JWP

By 7 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mengumumkan sumbangan wang tunai berjumlah RM1.102 juta kepada bakal jemaah haji Muasassah 1445H/2024M di Wilayah Persekutuan melalui inisiatif Ihsan@PUJI.

Bakal jemaah haji di Labuan semasa menjalani Kursus Khas Haji (KKH) baru-baru ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa, sejumlah RM500 akan disalurkan kepada 2,204 bakal jemaah haji dari ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk membantu para jemaah haji dalam persiapan mereka untuk mengerjakan ibadah tersebut.

“Sumbangan wang tunai tersebut akan disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) dan kemudiannya akan diagihkan kepada bakal jemaah haji muasassah di wilayah masing-masing.

Para bakal haji Labuan sedang menjalani praktikal ibadat melontar jamrah.

“Sumbangan seumpama ini merupakan kali pertama diberikan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan Jabatan Wilayah Persekutuan akan terus komited untuk memberi fokus dalam menyokong keperluan rakyat, termasuk dalam aspek keagamaan dan ibadah. Saya berharap agar sumbangan ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah dan didoakan semoga dikurniakan haji yang mabrur,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda