Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kenaikan Gaji 15 Peratus Mengujakan Penjawat Awam – Zahid

By 2 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Syafiq Sapian (Jelebu)

JELEBU, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam amat mengujakan buat semua penjawat awam.

Antara tetamu yang hadi dalam majlis tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata kenaikan gaji penjawat awam ini merupakan yang paling tinggi dalam sejarah dan membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membela kesemua lapisan masyarakat.

“Biarpun keadaan kewangan kurang memuaskan, kerajaan tetap memberikan komitmen bagi menghargai jasa para penjawat awam,” katanya ketika ditemui media di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Jelebu dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di pekarangan Pejabat Parlimen Jelebu, di sini semalam.

Keberangkatan Tiba Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Datuk Undang Luak Jelebu.

Menurut Amir Mousa, 45, pengumuman ini merupakan satu tanda aras baharu untuk penjawat awam agar dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka seiring dengan kenaikan gaji supaya tiada lagi dipandangan sinis oleh masyarakat terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan.

Turut hadir Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Datuk Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Jelebu yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda