Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Bukit Tok Saih Punya Sejarah Tersendiri

By 2 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi

GEMENCHEH, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Bukit Tok Saih yang berketinggian 243 meter dari atas paras laut sering menjadi pilihan peminat aktiviti lasak mempunyai sejarah dan keunikannya yang tersendiri.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Suhaimizan Bizar, Bukit Tok Saih yang terletak di Kampung Air Gelugor, di sini dahulunya merupakan tempat orang kampung memasang ‘maling’ iaitu sebuah kincir angin.

Haris (tengah) bersama peserta lain dan sijil penyertaan.

“’Maling’ akan dipasang selepas mereka mendapatkan keuntungan dan hasil pertanian seperti padi.

“Di puncak bukit, pendaki akan dapat menyaksikan sendiri pemandangan yang indah dan juga tumbuhan herba tongkat ali yang tumbuh meliar di kawasan ini,” katanya dalam Program Jiwa Madani Ekspedisi Tok Saih anjuran Pejabat Penerangan Daerah Tampin sempena cuti Hari Pekerja semalam

Program pendakian tersebut disertai seramai 100 peserta daripada pelbagai kategori umur.

Suhaimizan (baju biru) menerima sijil daripada Pegawai Penerangan Tampin.

Hariz Hazwan Abd Aziz, 26, berkata beliau menyertai program ini kerana ingin meluangkan masa cuti dengan aktiviti riadah yang baik untuk kesihatan.

“Pemandangan sekitar kampung dan kawasan bukit juga sangat menarik dan dapat membuatkan pendaki seperti saya mehilangkan segala tekanan di tempat kerja,” katanya.

Turut hadir Pegawai Penerangan Tampin Mohd Safwan Salleh dan Pengerusi Belia 4B Tampin Syafiq Ikhwan Mohd Isam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda