Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab
YAN, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Penganjuran Pesta Mempelam 2024 di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan, Mukim Sala Besar, di sini mendapat sambutan daripada penduduk yang berhampiran.
Program yang berlangsung dari 1 hingga hari ini bermatlamat memberi peluang kepada rakyat Kedah dan penduduk sekitar merasai keenakan mempelam Kedah di samping memperkenalkan Pusat Teknologi Mempelam kepada orang ramai.
Pusat Teknologi Mempelam ini berkeluasan 4.8 hektar dan mempunyai 503 bilangan pokokĀ di mana terdapat 111 varieti mempelam yang dikumpul dari serata negara serta satu-satunya ladang mempelam di Malaysia yang mempunyai begitu banyak koleksi varieti mempelam dan akan dijadikanĀ pusat pemasaran mempelam harumanis dan juga jenis-jenis mempelam lain yang ada di Kedah.
Seorang pengunjung, Siti Noramirah, 20, dari Sungai Petani, semalam berkata beliau mengambil kesempatan untuk hadir ke program ini kerana tertarik untuk mengenali pelbagai jenis mempelam dan juga ingin merasai keenakan mempelam yang terdapat di sini.
Pusat Teknologi Mempelam ini turut menyediakan tarikan lain seperti Galeri Pameran dan lokasi āhealingā dengan banyak tempat bergambar serta lokasi beriadah bersama keluarga.
Bagi menarik para pengunjung pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya jualan pelbagai jenis mempelam, pameran teknologi pertanian, konsultansi, pertandingan makanan berasaskan mempelam dan lain-lain lagi.
-ZS-