Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan Yang Baharu Berciri Kontemporari Dilengkapi Teknologi Terkini

By 2 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI BAKAP, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang menyempurnakan Majlis Peluncuran Tapak Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan diiringi Dato’ Rosli bin Isa Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di sini semalam.

Dalam ucapan beliau, Dato’ Rosli menekankan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa ekonomi Pulau Pinang melalui pembangunan infrastruktur termasuklah pembinaan Pejabat Pertanian yang baharu.

Majlis Peluncuran Tapak Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan

Beliau berkata, “Dengan pelaburan sebanyak RM 6.01 juta untuk Pejabat Pertanian ini, kita telah melaksanakan 7.01 peratus daripada kerja-kerja pembinaan, melebihi sasaran awal sebanyak 1 peratus.

“Pembinaan pejabat yang menampilkan reka bentuk yang kontemporari dan dilengkapi dengan peralatan pejabat yang moden ini pastinya akan menyuntik semangat baharu dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti petani kita,” katanya.

Acara simbolik pecah tanah oleh TYT

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah ADUN Sungai Acheh YB Rashidi Bin Zinol, ADUN Bukit Tambun, YB Goh Choon Aik serta ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil agensi terlibat.

-AA-

Tinggalkan komen anda