Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

SPR Puas Hati Proses Pengundian PRK Kuala Kubu Baharu

By 11 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
KUALA KUBU BAHARU, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berpuas hati proses mengundi Pilihanraya Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu hari ini.
Katanya, setakat ini proses berkenaa n berjalan lancar dan aman.

Seorang pengundi warga emas dibantu petugas SPR di pusat mengundi di Sekolah Agama Rakyat Bandar Baru Batang Kali

“Setakat pemerhatian hasil tinjauan di beberapa lokasi saya tidak lihat ada masalah.
“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan proses hari ini,” katanya ketika meninjau proses mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baharu di sini.
PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Seramai 39,269 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih DUN Kuala Kubu Baharu.  Kesemua 18 pusat pengundian dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang.

Dr Azmi Sharom berpuas hati secara keseluruhan proses pengundian PRK Kuala Kubu Baharu hari ini

Bagaimanapun, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi ditutup pukul 2 petang.
-ZS-

Tinggalkan komen anda