Skip to main content
Berita TempatanBerita SarawakSukanVideo

SUKMA XXI Sarawak 2024 dibuka Penuh Kemeriahan

By 19 Ogos 2024Oktober 21st, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/video: Mohamad Farid Izwan/Mohamad Hasif (Sarawak)

KUCHING, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 kini telah membuka tirai secara rasmi dalam acara yang penuh gilang-gemilang di Stadium Negeri Sarawak, pada 17 Ogos semalam.

Upacara perasmian yang bermula tepat jam 8.30 malam menyaksikan stadium bermandikan kilauan cahaya dan pancaran laser pelbagai warna yang sekali gus memukau kehadiran 40,000 penonton di situ.

Upacara perasmian SUKMA XXI ini telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan menyaksikan Sarawak sebagai tuan rumah buat kali ketiga pada tahun ini.

Upacara itu turut menampilkan semangat perpaduan menerusi persembahan budaya di bawah seliaan Majlis Seni Sarawak (MSS) dengan tema Matlamat Perpaduan Membara.

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan artis terkemuka tanah air Awie, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Marsha Milan dan Bob Yusof.

Pertunjukan bunga api selama 10 minit mewarnai stadium menjadi penutup bagi acara perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024.

-ZS-

Tinggalkan komen anda