Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bersama-sama Berganding Bahu Banteras Jenayah Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran

By 10 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

POKOK SENA, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu membantu pasukan keselamatan untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Perkongsian maklumat di i Pasar Pagi Kampung Bukit.

“Kita perlu bersama memerangi jenayah penipuan pekerjaan, pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

“Awasi persekitaran dan laporkan sebarang tindakan yang mencurigakan,” kata Pegawai Penerangan Daerah Pokok Sena Romzi Sori ketika berkongsi maklumat mengenai jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Pasar Pagi Kampung Bukit, di sini hari ini.

Seorang peniaga roti canai Mohd Nordin, 42, berkata informasi yang disampaikan sangat bagus kerana ramai yang tidak cakna tentang isu ini.

Edaran bahan penerbitan.

“Semoga dengan perkongsian maklumat ini, sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan janji manis tawaran pekerjaan yang dilakukan oleh sindiket pemerdagangan manusia,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda