Laporan/foto: Mahadi Mustafa
DUNGUN, 29 Okt (Malaysiaktif) – Sesi libat urus Program Eksplorasi Town Hall Rukun Negara 2024 berlangsung dengan jayanya di Dewan Dagang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), di sini kelmarin menarik penyertaan lebih 500 individu.
Program yang disertai oleh pelajar PSMZA, ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari Kemaman dan Dungun serta pemimpin masyarakat setempat ini memberi peluang kepada mereka untuk memperkukuh pemahaman tentang Rukun Negara dan mengemukakan idea dalam sesi perbincangan interaktif.
“Nilai-nilai yang dibincangkan oleh ahli panel dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk memupuk keharmonian dan perpaduan,” kata Pengarah program, Mohd Suza Amsyari Sulaiman,
Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu Teh Faridah Abdul Jalil yang merasmikan program ini, berkata pentingnya meningkatkan pengetahuan dan penghayatan Rukun Negara serta menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan utama.
Panelis program termasuk Ahli Dewan Negara Senator Mohd Hasbie Muda dan Naib Presiden Muda Alumni 4B Malaysia Muaamar Ghadafi Jamal Jamaluddin.
Program ini dianjurkan oleh Alumni 4B Negeri Terengganu dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara PSMZA dan Jabatan Perpaduan Negara.
-ZS-