Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek(Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka sentiasa menyambut baik inisiatif yang digerakkan oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi sambutan Majlis Minggu Sains Negara (MSN) selaras dengan agenda Malaysia MADANI agar bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) diberi tumpuan untuk mencipta bakat seiring dengan kepesatan pembangunan negara.
Ketua Menteri MelakaDatuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata bidang sains, teknologi dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam usaha mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara berteknologi tinggi selain mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan buruh asing.
“Saya yakin menerusi penganjuran MSN, matlamat untuk meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terutamanya pelajar dan generasi muda terhadap sains dan teknologi tentunya lebih mudah dicapai dan dipertingkatkan,” ujarnya kelmarin.
Majlis Perasmian Minggu Sains Negara 2024 Peringkat Negeri Melaka telah berlansung di Universiti Teknologi Mara (UITM), Lendu kelmarin yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
-ZS-