Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Komuniti MADANI Komited Bantu Kerajaan Kekang Jenayah Siber

By 4 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Hilir Perak)/Mohamad Ezwandi (Perak)

TELUK INTAN, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Kesemua sembilan Komuniti MADANI di daerah Hilir Perak begitu komited dalam usaha membantu kerajaan bagi mengekang jenayah siber yang semakin menggila.

Pengerusi Komuniti MADANI dan ahli jawatankuasa (AJK) bagi sembilan komuniti di bawah seliaan Pejabat Penerangan Daerah itu memperlihatkan semangat dan mencapai kata sepakat ketika menghadiri Bicara Santai Komuniti Influencer@JAPEN sempena Program JIWA Komuniti MADANI DUN Pasir Bedamar yang berlangsung di Hotel Rivertel, di sini pada Rabu.

Muhammad Hafiz ketika mengajukan soalan kepada panel,

Menurut Pengerusi Komuniti MADANI Chenderong Balai Abd Haris Shafii Abdul Ghani, pendekatan program yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan (JaPen) dalam menangani isu jenayah siber harus diperluas ke kawasan kampung dan pedalaman kerana masyarakat di kawasan tersebut tidak mendapat maklumat yang sahih dan tepat mengenainya.

“Di samping peruntukan sedia ada, kami menyeru kerajaan untuk menyediakan peruntukan khas buat Komuniti MADANI bertujuan untuk memberi fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber khususnya melibatkan masyarakat luar bandar,” ujarnya ketika ditemui.

AJK Komuniti MADANI Bandar Baru Muhammad Hafiz Mohd Shaimi, berkata program bual bicara anjuran JaPen itu sangat bermanfaat dan mencapai matlamat dalam menerangkan tentang jenayah siber yang semakin berleluasa.

Sebahagian peserta Komuniti MADANI bergambar kenangan bersama panel jemputan.

“Selain itu saya ingin mencadangkan agar pada masa akan datang, penyertaan program dapat melibatkan golongan sasar seperti belia, pelajar dan pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung, imam dan AJK masjid,” katanya.

Bagi salah seorang peserta program, Norizan Bidin, 56, program sebegini memberi banyak manfaat terutama bagi golongan warga emas sepertinya yang tidak berpengetahuan luas mengenai dunia siber dan terdedah kepada pelbagai jenis penipuan dalam talian.

“Saya sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada penganjur selain berharap program yang baik seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap,” katanya.

Program Bicara Santai Komuniti Influencer@JAPEN itu menampilkan Pengarah JaPen Perak Yosri Abu Mahsin, Pengarah Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perak Akmal Hamdy Baharudin dan Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri sebagai panel jemputan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda