Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sembang Warong Medium Santai Sampaikan Maklumat kepada Komuniti

By 30 Oktober 2024November 6th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fairuzan Abdul Majid/Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Muar telah mengadakan Program Taklimat Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) bersama Komuniti MADANI DUN Bukit Kepong dengan kerjasama JPKK Kampung Baharu Batu 28 Lenga, Muar.

Hasmuni Mohd Yassin menyampaikan bahan penerbitan edaran Jabatan Penerangan Malaysia kepada salah seorang peserta yang hadir untuk program sembang santai

Pegawai Penerangan Daerah Muar Fairuzan Abdul Majid, berkata taklimat MAPO yang diadakan kali ini berkonsepkan sembang warong agar maklumat disampaikan dengan kaedah santai dan mudah diterima.

Peserta program sembang santai meneliti risalah berkaitan Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO) yang diedarkan oleh petugas dari Pejabat Penerangan Daerah Muar

“Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan maklumat dan informasi mengenai maksud pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, jenis dan elemen pemerdagangan orang serta perbezaan antara jenayah terbabit,” katanya ketika ditemui di Warong Ali, Batu 28 Lenga, di sini, semalam.

Tambah Fairuzan, taklimat turut menyentuh mengenai isu penipuan dalam talian dan pentingnya memahami dan menghindari isu yang melibatkan penyalahgunaan maklumat siber pada masa kini dalam kalangan masyarakat.

Salah seorang ahli Komuniti MADANI DUN Bukit Kepong Rahman Tarman, berkata beliau menyahut baik pendekatan yang diambil oleh Pejabat Penerangan Daerah Muar dalam memastikan makluman sahih dan tepat disalurkan kepada masyarakat.

“Saya juga menyokong dan menerima saranan kerajaan dalam melaksanakan kempen kesedaran anti pemerdagangan manusia dan anti penyeludupan migran agar rakyat cakna pentingnya undang-undang berkaitan isu ini,” ujarnya.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Baharu Batu 28 Hasmuni Mohd Yasin.

-AA-

Tinggalkan komen anda