Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tahai – ‘Dadah’ Yang Menjadi Makanan Unik Daerah Lawas

By 30 Oktober 2024November 6th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nordin Yahya (Sarawak)

LAWAS, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Tahai atau lebih dikenali dengan nama ‘dadah’ dalam bahasa tempatan sudah sinonim sebagai salah satu keunikan dan juga keistimewaan daerah Lawas.

Proses mengatur tamban untuk disalai

Tahai dihasilkan dari ikan tamban yang telah disalai dengan menggunakan kayu api sehingga kering.

Proses penghasilan ikan tahai mengambil masa yang agak lama dan ikan tamban yang diperoleh akan disusun dan dibakar di atas para yang telah disediakan.

Cacap ikan tahai yang telah digoreng dan digaul dengan sambal lada

Kayu bakau digunakan oleh pengusaha tahai sebagai bahan bakar kerana bau asap dari kayu tersebut menambah aroma kepada ikan tamban yang disalai.

Ikan tahai yang telah kering akan diproses mengikut permintaan pembeli dan harga jualan mengikut jenis tahai yang diproses.

Kebanyakkan produk tahai dijual kepada orang tempatan dan juga kepada negara jiran iaitu negara Brunei.

Selain tahai terdapat beberapa jenis produk berasaskan ikan tamban seperti ‘cacap’ yang diproses dari ikan tamban yang dibuang tulang dan dijemur sehingga kering.

Menurut Jepri Madzhi, 47 tahun yang merupakan antara pengusaha tahai ketika ditemui semalam, berkata pembuatan tahai ini banyak tergantung kepada bekalan ikan tamban sama ada diperoleh dari nelayan tempatan atau ikan tamban yang diperolehi dari negeri Sabah.

“Namun akibat keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan bekalan ikan tamban tempatan sukar didapati,” katanya.

Selain itu, terdapat juga pengunjung dari kawasan lain yang sering datang untuk melihat sendiri proses-proses pembuatan ikan tahai yang hanya terdapat di Kampung Punang dan juga Kampung Awat-Awat di sini.

-AA-

Tinggalkan komen anda