Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Persiapan Akhir Menjelang Deepavali, Sederhana tetapi Meriah

By 30 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Penganut agama Hindu di sini sibuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.

Masyarakat India sibuk membuat persiapan akhir menjelang Deepavali.

Tinjauan Malaysia Aktif di Jalan Pekan Lama mendapati, masyarakat India sibuk membeli-belah barangan seperti hiasan, manisan, bunga dan juadah tradisional serta barangan keagamaan bagi menyambut pesta cahaya itu.

Menurut salah seorang pengunjung Mala Murugiah, 39, walaupun terdapat sedikit peningkatan harga terhadap sesetengah barangan berbanding sebelum ini, ia tidak mematahkan semangat penganut Hindu untuk melakukan persiapan menyambut perayaan itu.

“Banyak barang kami masih kekal pada harga yang sama sebelum ini, yang naik pun macam muruku, biskut dan barang makanan serta pakaian, tapi saya lebih memilih untuk membeli secara sederhana,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Gerai jualan meriah dengan kunjungan orang ramai sebagai persediaan menyambut Deepavali.

Pemilik sebuah premis yang menjual bunga Teresa Arphadom, 49, berkata kedainya dikunjungi ramai sejak seminggu yang lalu dan lebih ramai pada hari ini bagi membeli barangan khususnya bunga bagi tujuan keagamaan dan hiasan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda