Laporan/foto: Abd Muiz/Intan Saziana (Cameron Highlands)
CAMERON HIGHLANDS, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Produk aiskrim yang dihasilkan 100 peratus daripada buah strawberi yang segar dari ladang, Es Krim Premium Strawberi kini menjadi pilihan pengunjung ke daerah ini.
Menurut Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Cameron Highlands (PPKCH) Mohamad Khairul Izwan Mohd Rasid, produk aiskrim ini mendapat sambutan sangat baik daripada pengunjung yang bercuti ke Cameron Highlands.
“Produk aiskrim yang dihasilkan sangat premium kerana ia menggunakan 100 peratus buah strawberi yang segar dari ladang kami sendiri,” ujarnya.
Tambah beliau, aiskrim dihasilkan dalam bentuk popsicle dan juga cawan dengan pelbagai variasi rasa iaitu strawberi, durian, jagung, oreo, coklat dan markisar.
“Selain dipasarkan di kedai, aiskrim ini turut dijual di program yang berskala besar seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), karnival dan sebagainya,” katanya semalam.
-ZS-