Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Kasih KEDA Madani Bantu Ringankan Beban Kewangan Penduduk

By 11 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Muhd Fathi Yakan Ahmad Fukhrazi

YAN, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Program Jualan Kasih KEDA Madani tahun 2024 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan Kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Kedah di Perkarangan Dewan Desa KEDA Singkir Badong pagi tadi mendapat sambutan yang yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Para penduduk dilihat mula membanjiri tapak jualan seawal pukul 8.30 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan asas seperti beras, gula dan barang keperluan yang lain.

Barangan keperluan asas yang dijual di program Jualan Kasih KEDA Madani.

Program ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan penduduk yang berpendapatan rendah bagi mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang lebih murah.

Seorang penduduk Hasmah, 60, dari Kampung Singkir Laut yang turut hadir dengan ditemani anaknya meluahkan rasa gembira kerana dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang jauh lebih murah.

“Hari ini saya dapat membeli sekilogram daging segar hanya dengan harga RM26.60 untuk satu kilogram yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran,” katanya.

Hasmah berharap program sebegini dapat dilaksanakan sebulan sekali terutamanya pada akhir bulan bagi memudahkan para penduduk merancang pembelian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda