Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Karnival Wanita MADANI Berselawat Menguatkan Kecintaan kepada Rasulullah SAW

By 13 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Abd Hamid (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 13 Nov (Malaysiaaktif) – Program Karnival Wanita MADANI Berselawat dilihat mampu memupuk golongan wanita menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan terbaik dalam segala aspek kehidupan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pilah Noorzunita Begum Ibrahim, berkata program sebegini juga dapat merapatkan ukhuwah dan menguatkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

Ucapan alu-aluan oleh Noorzunita.

“Semoga dengan pengisian yang bermanfaat ini, kita semua dapat meningkatkan keimanan, memperbaiki amalan dan memperoleh ketenangan jiwa.

“Malah semua hadirin diharap dapat memberi tumpuan membentuk sistem kekeluargaan yang berteraskan akhlak dan adab yang baik sebagai seorang khalifah,” katanya.

Noorzunita berkata demikian dalam program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bakriyah Negeri Sembilan dan Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang dihadiri lebih 300 orang peserta di Masjid Jamek Yamtuan Raden, di sini pagi semalam.

“Dalam menjalani cabaran masa kini, setiap wanita perlu mempunyai semangat yang kental dan berwawasan serta terus berusaha mengangkat martabat wanita agar dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia dunia dan akhirat.

Sesi bacaan Al-Mathurat Sughra.

Karnival Wanita MADANI Berselawat berlangsung selama empat hari di beberapa lokasi terpilih di Kuala Pilah, Jelebu, Senawang bermula 11 November lalu di Masjid At-Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang, Paroi akan berakhir pada 14 November ini di Masjid Kariah Pekan Labu Batu 10.

Turut hadir Yang Dipertua Bakriyah Negeri Sembilan Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

-ZS-

Tinggalkan komen anda