Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini
ALOR GAJAH, 11 Okt (MalaysiaAktif) – Pertandingan Dam Aji Piala Ketua Menteri Melaka Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning berlangsung dengan cukup meriah di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Taboh Naning, di sini semalam.
Menurut Ahli DUN Taboh Naning Datuk Zukliflee Mohd Zin, Pertandingan Dam Aji Piala Ketua Menteri yang diadakan hari ini (Isnin) bagi mencari 10 peserta terbaik untuk bertanding ke Peringkat Negeri akan datang nanti.
“Dengan adanya pertandingan ini dapatlah kita menghidupkan kembali salah satu sukan tradisional yang popular satu ketika dahulu.
“Alhamdulilah pertandingan dam aji ini telah mendapat sambutan baik daripada warga Taboh Naning, anak muda zaman kini yang lebih cenderung memilih permainan moden, turut menyertai pertandingan dam aji,” katanya.
Menurutnya lagi, pertandingan tersebut dapat mengeratkan silaturahim di antara generasi muda dan tua.
Seramai 48 penyertaan peserta daripada pelbagai peringkat umur menyertai pertandingan dam aji ini yang terdiri yang berlangsung serentak di 28 DUN di negeri Melaka.
-ZS