Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pelajar dan Remaja Wajar Mendapat Hak Sebagai Pengguna

By 23 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Faezah Sazali (PMJB)

JOHOR BAHRU, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Para pelajar dan remaja perlu peka dan bertanggungjawab terhadap hak-hak kepenggunaan agar tidak berlaku permasalahan pada masa akan datang.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor Lilis Saslinda Pornomo, berkata kerajaan ketika ini sedang dalam agenda memperkasakan hak kepenggunaan dalam kalangan lapisan masyarakat terutamanya golongan pelajar dan remaja bagi membendung isu yang berkaitan dengan kepenggunaan.

Pelajar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) memuat turun aplikasi Hero Pengguna bagi mengetahui berkenaan hak-hak sebagai pengguna secara terperinci.

“Melalui Program Advokasi Kepenggunaan yang diadakan ini bersama dengan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor dapat menyebarluaskan dan berkongsi info berkenaan kepenggunaan dalam kalangan pelajar dan remaja secara tepat dan berkesan” katanya ketika ucapan perasmiannya, di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru Dr. Supa’at Zakaria, berkata penganjuran program ini dapat memberikan pendedahan dan panduan kepada para pelajar di Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) berkenaan kepentingan sebagai pengguna.

“Program seumpama ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para pelajar yang berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan agar menjadi pengguna yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap hak-hak kepenggunaan” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Johor Janendran Sugumar dan Timbalan Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru Hamidah Ab Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda