Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)
MELAKA, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Duyong melalui Biro Wanita mengambil inisiatif dengan menjadikan barangan terpakai yang tidak digunakan sebagai salah satu penghasilan kraf tangan untuk dipamerkan kepada orang ramai di Balai Raya Bukit Duyong, di sini.
Menurut Pengerusi JPKK Bukit Duyong Jafri Mama, cara pembuatan kraf tangan yang dihasilkan ini akan diajar kepada sesiapa sahaja yang berminat.
“Kraf tangan ini pernah dibawa untuk menyertai pelbagai peringkat pertandingan supaya boleh kehalusan dan kreativiti penghasilannya.
“Kelebihan utama pada kraf tangan ini adalah pemilihan botol serta kotak terbuang yang tidak digunakan harus diteliti sebaiknya dan secara tidak langsung dapat menghasilkan sesuatu produk yang sempurna untuk digunakan dan dipamerkan,” katanya semalam.
Jafri turut mengucapkan terima kadih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Nor Helmy Abd Halem yang sentiasa memberikan sokongan penghasilan kraf tangan.
Yang Berhormat Mohd Nor Helmy turut melihat sendiri proses kraf tangan ini serta bersama memberikan idea bagi menjadikan hasil kraf tangan ini berada di kelas tersendiri,” ujarnya.
-ZS-