Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Taklimat Belanjawan 2025 Ke Arah Menjadikan Komuniti MADANI Bermaklumat

By 6 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Yusof Bin Hj. Abd. Samad

TANGKAK, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Taklimat Belanjawan 2025 Zon utara melibatkan daerah Tangkak dan Segamat telah diadakan di Pejabat Penerangan Daerah Tangkak.

Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku oleh dif jemputan serta para peserta

Seramai 60 orang hadir terdiri daripada ketua-ketua dan ahli-ahli Komuniti MADANI Tangkak dan Segamat yang merupakan fokus utama jabatan dalam menyalurkan maklumat serta dasar-dasar kerajaan.

Pegawai Penerangan Daerah Tangkak selaku wakil rasmi Pengarah Penerangan Negeri Johor, Katrina Saruni, berkata program ini mampu mengeratkan hubungan dan menjalinkan kerjasama antara jabatan dengan masyarakat setempat.

Tanpa persefahaman dan sikap ingin tahu, agak sukar maklumat semasa dan dasar kerajaan disampaikan serta diterima oleh masyarakat dari semasa ke semasa.

Puan Kartina Saruni menyampaikan ucapan

“Namun, keyakinan dan penerimaan oleh komuniti dapat membuka ruang terbaik dalam menyalurkan maklumat dan dasar kerajaan kepada masyarakat setempat,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian pagi tadi.

Penolong Pengarah Pembangunan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Negeri Johor, Abd. Rahman bin Abd. Halim dalam Taklimat Belanjawan 2025 turut menyatakan bahawa Belanjawan 2025 ini merangkumi aspek sosial, infrastruktur, pertanian serta kesejahteraan rakyat.

Pegawai khas Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Sabniza Tunisa binti Safari melalui Taklimat Sejati Madani turut menggalakkan ahli komuniti yang hadir agar mengambil peluang dan berusaha untuk memperkasakan ekonomi serta pendapatan mereka.

“Peruntukan sebanyak RM100,000 akan diberi kepada komuniti yang layak serta menepati syarat yang ditetapkan,” ujarnya semasa menerangkan mengenai inisiatif Sejati Madani pagi tadi.

Kaunter pendaftaran dan penerangan mengenai Sejati Madani turut dibuka kepada para peserta untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.

Turut hadir pegawai dan kakitangan dari ibu pejabat Jabatan Penerangan Negeri Johor serta Segamat.

-AA-

Tinggalkan komen anda