Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

JHEAINS Rembau Santuni Rakyat

By 6 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malini Md Yunos (Rembau)

REMBAU, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang telah menerima sumbangan barangan keperluan asas dalam Program Door to Door Bersama Masyarakat anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Rembau dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pedas Gaing di Dewan Orang Ramai Pedas, di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama iaitu 40 orang bangsa Melayu, 30 orang bangsa Cina dan 30 orang bangsa India

Zaiful menyantuni penerima sumbangan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong (ADUN) Datuk Zaifulbahri Idris, masyarakat di daerah ini sentiasa hidup aman dan damai serta saling hormat-menghormati.

“Program Door to Door Bersama Masyarakat JHEAINS Rembau hari ini membuktikan bahawa masyarakat bukan Islam juga disantuni sebaiknya seiring matlamat mengukuhkan lagi persefahaman dan ukhuwah sesama kaum.

“Pujian patut diberikan kepada JHEAINS Rembau kerana membawa satu perlambangan bahawa Islam adalah agama yang menyantuni semua kaum tidak terhad kepada orang Islam sahaja,” katanya.

Pengerusi JPKK Kampung Pedas Gaing Norhalizan Kamaruzzaman, 62, berkata program tersebut perlu dilaksanakan secara berterusan supaya lebih ramai rakyat menerima manfaat.

Penerima sumbangan bergambar kenangan bersama ADUN Chembong.

Turut hadir Pegawai Agama Islam Daerah Rembau Fadhli Yutiman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda