Laporan/foto: Zaidy Salim/Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput seluruh warga Malaysia ke Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang bermula hari ini sehingga 24 November ini.
“Ayuh hadir beramai-ramai ke Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad ini di Pusat Konvensyen KLCC,” katanya di hantaran Facebook Anwar Ibrahim, semalam.
Menurut Perdana Menteri program tersebut adalah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi.
“Orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan potongan harga untuk barangan keperluan.
“Insya-Allah, saya akan turut hadir merasmikan Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 pada Sabtu ini. Ia bakal menjadi detik penting untuk penjawat awam yang bakal memperbaharui tekad, selaras agenda reformasi perkhidmatan awam di bawah Kerajaan MADANI,” katanya.
-ZS-