Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Mangsa Banjir di Dungun Terus Dibantu

By 5 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin/Pejabat Perpaduan Daerah Dungun (Dungun)

DUNGUN, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Mangsa banjir di Dungun terus mendapat bantuan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan sukarelawan setempat.

Program Lawatan Ihsan MADANI dan Penyampaian Bakul Rahmah kepada mangsa banjir di sekitar Dungun diketuai oleh Pegawai Perpaduan Daerah Dungun Asmawati Chik@Mohammad, telah diadakan, di sini kelmarin.

Keadaan rumah yang dipenuhi sampah sarap selepas banjir surut.

Menurut Asmawati, Pejabat Perpaduan Daerah Dungun bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skuad Uniti Daerah Dungun telah bekerjasama melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu mangsa banjir di daerah ini.

“Lawatan ini bertujuan untuk menghulurkan sumbangan Bakul Rahmah berupa barangan keperluan serta memberi sokongan moral kepada penduduk yang terjejas di Kampung Durian Mentangau dan Kampung Delong.

Asmawati Chik@Mohammad (empat dari kanan) memberi taklimat kepada petugas-petugas.

Timbalan Pengerusi KRT Durian Mentangau Khairul Anuar Zabidin, salah seorang penerima bantuan, menyatakan rasa syukur atas bantuan yang diterima yang sedikit sebanyak meringankan beban keluarganya.

Beliau menceritakan pengalaman sukar ketika paras air naik dengan cepat menyebabkan banyak barangan di dalam rumah rosak dan tidak sempat diselamatkan.

“Banyak perkara yang saya fikirkan ketika itu. Air naik dengan mendadak dalam waktu yang singkat menyebabkan kebanyakan barangan rumah rosak dan tidak sempat diselamatkan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda