Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pusat Rekreasi Laman Flora Tarikan Terbaru Kepala Batas

By 11 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noornita Ahmad (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Laman Flora yang terletak di Taman Wawasan Vision Park, Bertam menjadi lokasi riadah pilihan masyarakat setempat kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta pemandangan yang cukup indah.

Laluan jalan kaki dan larian dikelilingi pokok bunga.

Laman Flora ini dibina bertujuan menyediakan pelbagai pengalaman hiburan yang menggabungkan elemen seni kontemporari dan kemajuan teknologi seperti menggabungkan hiburan moden dengan pemandangan semula jadi.

Pengunjung, Nur Nabila Azizan, 37, berkata Laman Flora sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman rekreasi bersama keluarga.

“Tempat ini menjadi lokasi utama saya sekeluarga untuk beriadah di hujung minggu.

Kemudahan tandas turut disediakan kepada pengunjung.

“Selain itu, laman ini juga sesuai kepada kanak-kanak yang ingin mempelajari nama-nama bunga sekaligus menjadikannya sebagai rujukan,” katanya.

Kawasan permainan, tempat letak kereta dan tandas adalah antara kemudahan yang disediakan di samping terdapat gerai jualan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan mengikut cita rasa tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda