Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Teater Muzikal SK Selayang Baru 1 ‘Pukau’ 300 Penonton

By 7 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Hampir 500 penonton kelihatan terpukau ketika menyaksikan pementasan Teater Muzikal Merdeka oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Selayang Baru 1, di sini malam tadi.

Anfaal (dua dari kanan) dan penonton yang hadir menyaksikan pementasan Teater Muzikal Merdeka SK Selayang Baru 1.

Persembahan selama sejam tersebut berunsur lakonan diselang seli dengan tarian dan nyanyian serta diselitkan dengan fakta sejarah perjuangan kemerdekaan.

Pementasan ketujuh malam tadi turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari.

Katanya, beliau kagum dengan bakat murid-murid dan latar penceritaan yang dipentaskan.

“Saya rasa ini adalah pendekatan yang menarik untuk pelajar sekolah rendah memahami sejarah kemerdekaan.

Anfaal dan guru-guru SK Selayang Baru 1 bergambar bersama murid-murid yang menjayakan pementasan Teater Muzikal Merdeka semalam.

“Penonton juga kelihatan teruja mengikuti persembahan yang secara tidak langsung mengetahui tokoh-tokoh sejarah kemerdekaan,” katanya ketika ditemui.

Teater Muzikal Merdeka mengisahkan empat sahabat yang sesat di sebuah muzium dan bertemu pejuang negara yang menentang penjajah di zaman masing-masing seperti Hang Tuah, Dato Maharajalela, Tok Janggut dan Tunku Abdul Rahman.

Pementasan selama sejam itu telah dijayakan 52 orang murid Tahun Enam sekolah berkenaan yang diarahkan oleh Nor Azri Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda