
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Jawatankuasa Bencana Daerah Pekan
PEKAN, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 13 buah rumah terjejas di daerah ini ekoran daripada kejadian angin kencang yang melanda.

APM memotong pokok tumbang di Jalan Rompin Lama, Pekan.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan Kapten (PA) Ahmad Azmi Nafiah setakat ini pihaknya merekodkan sebanyak 13 buah rumah yang terjejas.
“Pihak kami sentiasa bersiap-siaga dalam menghadapi bencana terutama di musim Monsun Timur Laut (MTL) ini dan pelbagai agensi kerajaan turut berganding bahu bagi memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif semalam.

JKM menghulurkan bantuan segera kepada mangsa.
Antara agensi kerajaan yang terlibat di daerah ini adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan pejabat-pejabat Penghulu.
-ZS-