
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian(Labuan)
LABUAN, 22 Jan (MalaysiaAktif) – 48 orang murid tingkatan satu di Labuan menerima Biasiswa Sekolah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi sesi 2024/2025.

Md Fadzli (kiri) menyampaikan biasiswa kepada salah seorang pelajar.
Menurut Pengurus MAIWP Labuan Md Fadzli Md Saad Bantuan, itu baru diwujudkan untuk murid Tingkatan Satu dalam kalangan pelajar cemerlang yang tamat Tahun Enam.
“Pada tahun 2024, MAIWP membelanjakan lebih RM 10 juta untuk kluster pendidikan termasuk menyalurkan Bantuan Am Persekolahan untuk asnaf fakir, miskin, mualaf dan Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang.
“?Bantuan Biasiswa Sekolah bagi Tingkatan Satu hingga Tiga adalah sebanyak RM1,500 setahun, Tingkatan Empat hingga Lima RM2,500 setahun, Tingkatan Enam RM3,500 setahun dan mereka perlu bekerja keras untuk mengekalkan kecemerlangan sekali gus mengekalkan keputusan yang baik,” katanya pada majlis penyampaian bantuan itu, di sini pagi tadi.

Salah seorang penerima gembira bersama ibunya.
Tambahnya, ibu bapa dan penjaga perlu memantau pelajaran anak-anak dan memberi dorongan kepada mereka agar dapat meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat lebih tinggi.
Pada majlis itu, Md Fadzli turut menyampaikan biasiswa kepada semua penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM72,000.
-ZS-